Pepatah mengatakan kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa, mungkin sudah sinonim dalam kehidupan kita...Namun mungkin di antara kita kurang faham apakah yang diertikan dengan ghibah? Mungkin juga ada yang mengatakan bahawa bercakap yang buruk-buruk sahaja dikira ghibah dan banyak lagi tafsiran.
Ghibah sebagaimana kita maklum bahawa ianya diambil daripada kata bahasa arab yang bermaksud mengumpat. Allah mencela orang yang melakukan ghibah diumpamakan dengan memakan bangkai sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran surah al-Hujurat : 12. Apabila disebut tentang bangkai, kita sebagai insan yang waras akan merasa jijik...justeru, kata-kata yang tidak disenangi oleh orang lain juga akan menganggap ianya sesuatu yang jijik. Baginda Rasulullah bersabda : " Takutlah ghibah . Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki yang berzina lalu bertaubat kepada Allah maka Allah menerima taubatnya. sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya". Sabda Rasulullah lagi: " Sesiapa yang mengumpat bermaksud menghina saudaranya, Allah meletakkannya jambatan Neraka pada hari Kiamat hingga bebas dari apa yang dikatakannya".
Dalam konteks ghibah, kata-kata yang berupa satu kebenaranpun dianggap mengumpat sebagaimana contoh: eh, si pendek! walaupun sebenarnya dia pendek. Kerana dirawikan bahawa seorang perempuan pendek telah datang kepada Rasulullah untuk sesuatu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata: Wah, pendeknya dia!" Segera Rasulullah berkata :" Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!"
Orang yang berghibah akan menerima tiga keburukan iaitu :
1- doanya tida dimakbulkan
2- Kebaikannya tidak diterima
3- akan ditimpa padanya keburukan orang yang diumpat
Dari Anas bin Malik ra berkata :" Telah bersabda Rasulullah :" ketika israk aku melalui suatu kaum melukai muka dengan kukunya serta memakan bangkai, maka aku bertanya " Siapakah mereka wahai Jibril?Dia berkata : Mereka itu orang-orang yang memakan daging orang di dunia".
Jika kita teliti, angin ghibah telah menular di zaman kini di mana kita sulit untuk membezakannya, ini kerana disebabkan sudah menjadi satu kebiasaan ibarat lori yang membawa sampah tercium baunya menyebabkan kita menekup hidung tetapi lain halnya dengan pemungut sampah tidak pula berbuat sedemikian kerana sudah lali dengan keadaan tersebut.
Dalam dunia serba canggih dan moden ini....ghibah lebih senang menular, sebagai contoh....media cetak, rancangan televisyen, internet, blog dan sebagainya...dijadikan sebagai saluran ghibah....pernahkah kita fikirkan? Apabila keaiban dibuka-bukakan dan didedah-dedahkan seumpama kita membuka rahsia di sebalik kain...Justeru dalam hal ini, wajarlah kita berfkir dahulu sebelum berkata!!!
No comments:
Post a Comment