KISAH LUCU

Kisah ini terjadi pada diri sendiri yang berlaku pada tahun 1996. Memang sudah lama....tapi bila mengenangkannya hati tercuit  dan bibir akan tersenyum.

Kisahnya begini, dulu saya ni suka mencari pengalaman. Ketika menunggu keputusan peperiksaan saya menyertai badan NGO yang dikenali umum. Suatu masa, saya di arahkan untuk menyertai BTN yang diadakan di Kem Bumi Jati Klang Selangor....Bersama rakan-rakan, saya menaiki bas. Bila di sana saya cukup seronok. Aktivitinya mencabar....ala-ala tentera gitu!

Insidennya ialah apabila berangkat pulang ke Kelantan dengan bas setelah selesai mengikuti program tersebut. Dalam perjalanan pulang tu, bas berhenti di salah sebuah tempat rehat untuk makan....waktu itu detik tengah malam....saya ni jenis yang malas nak turun dari bas, jadi saya pesan pada kawan supaya membelikan saya air teh panas. Kawan saya membelikan air teh susu.Memang sebelum ini saya tak pernah minum teh susu kecuali teh o sahaja.....jadi saya minum juga sampai habis akibat kesejukan aircond bas...

Di pertengahan jalan, selepas beberapa jam, perut saya mula berbunyi gruk grak gruk grak....sakitnya seolah-olah tak sabar-sabar nak membuang....peluh mula menitik menahan sakit....dulu dalam bas ada tandas.....tapi tak kan nak membuang dalam tandas bas kot....nanti baunya....hati mula berkata-kata....

Di sabarkan hati bertahan......sehinggalah sampai di perhentian bas Kota Bharu...memang dah tak tahan hendak membuang....saya tergesa-gesa turun dari bas menuju ke tandas awam....sesampainya di sana, hampa....tandas berkunci.....saya mula berlari-lari anak menuju semula ke tempat bas yang dinaiki....

Dengan muka yang menahan malu dan kesakitan......

" encik, mana lagi tandas untuk saya guna....dah tak tahan ni....!!!"aku mula bertanya pada driver bas yang aku naiki malam tadi.

" pagi-pagi memang tandas berkunci....tak pelah....awak pakai la tandas bas....nanti lepas ni...bas nak kena hantar servis!"

Fuh, lega....macam dia tau-tau je saya ni dah tak tahan.....terkocoh-kocoh saya menapak tangga bas menuju ke tandas bas....tengok air ada 10 botol penuh...okla...cukup untuk membasuh nanti....kata hati...

Tanpa membuang masa, terus je membuang....macam orang cirit-birit.....dah selesai....semua air, saya habis gunakan...kalau tuan bas nak marah....terpulang lah yang penting dah lega...tapi saya dah rasa semacam pulak...lemah tak bermaya sebab kesemua isi dalam perut sudah keluar dan gara-gara menahan sakit untuk membuang.

Belum sampai ke rumah lagi, terpaksa menaiki bas atau kereta sewa.....disebabkan dah tak berdaya....saya naik kereta sewa walaupun tambangnya mahal sedikit.....di hantar sampai ke pintu rumah....

Apa lagi....bila dah sampai....terus je saya merebahkan badan....disebabkan lemah gemalai.....hati mula berbicara....taubat! lain kali  tak ingin minum lagi air teh yang dicampur susu.................