Perkongsian ilmu dirasakan bagi saya adalah satu kewajipan. Justeru, saya terpanggil untuk sama-sama berfikir sejenak tentang "Islam tapi belum tentu Mukmin???". Adakah kedua-duanya ada titik pemisah?. Kadang-kadang ramai yang keliru tentang dua perkataan tersebut. Masakan tidak? Allah sendiri telah berfirman di dalam Al-Quran menyebut tentang perkataan tersebut yang terdapat dalam surah Al-Mukminun dan bukannya al-Muslimun. Mengapa demikian? Ini disebabkan kedua-duanya ada titik pemisah di mana muslim itu bermaksud orang yang percaya dengan rukun iman tetapi bezanya dengan mukminun ialah orang yang percaya dengan rukun-rukun iman dan melaksanakan rukun-rukun tersebut.
Umat manusia di atas muka bumi ini ramainya Islam pada zahirnya, tapi belum tentu mereka adalah mukmin kerana tidak melaksanakan rukun-rukun iman tersebut. Percaya adanya Allah tetapi masih lagi melakukan perkara syirik dan khurafat, percaya adanya malaikat tetapi tidak dapat mencontohi ketaatan malaikat. Percaya kepada kitab tetapi tidak membaca, memahami dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya. Percaya kepada rasul tetapi masih tetap mengikut trend semasa budaya barat dan melanggar apa yang disampaikan oleh rasul bahkan percaya kepada kiamat tetapi sudah melupakan bahawa dunia ini akan hancur binasa dan terakhirnya percaya kepada qadha' dan qadar tetapi masih tidak dapat menerima ketentuan Allah dan menyalahkan takdir. Justeru kita golongan muslim sahajakah atau muslim mukmin?
Fikir-fikirkanlah bersama. Wallahu a'lam!
No comments:
Post a Comment