Thursday, December 17, 2009

ERTI HIJRAH


PENGHIJRAHAN MINDA DAN TASAWUR
Oleh: Hasnan bin Kasan
Panel Penulis JAKIM
Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.
Hijrah amat terkenal di kalangan umat Islam kerana ia berkait rapat dengan peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah dan juga merupakan tarikh permulaan pengiraan tahun Islam. Hijrah lahiriah atau perpindahan badan dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu negeri ke negeri yang lain merupakan sesuatu yang mudah dilakukan oleh manusia. Sememangnya manusia kerap berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan yang tertentu. Saidina Jaafar ibn Abi Talib dengan rombongannya telah berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan diri dari tekanan pihak musyrikin Quraisy yang begitu dahsyat. Ramai para sahabat r.a selepas itu telah berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan akidah mereka dari diancam oleh musyrikin Mekah.
Di negara kita, ramai penduduk kampung telah berhijrah ke bandar. Tidak kurang juga yang berhijrah dari bandar ke bandar dengan tujuan untuk menambah pendapatan atau mencari keselesaan melalui pelbagai cara dan bidang mengikut kebolehan dan kelayakan masing-masing. Di peringkat yang lebih rendah lagi, haiwan dan binatang juga melakukan hijrah dari satu tempat ke satu tempat terutama di kawasan gurun atau tanah lapang yang luas semata-mata untuk mendapatkan makanan dan perlindungan akibat daripada perubahan musim dan cuaca.
Jika diteliti maka sudah pasti terdapat perbezaan yang amat jelas antara hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hijrah yang dilakukan oleh manusia zaman sekarang iaitu yang tinggal di kampung menuju ke bandar. Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah bertujuan menyelamatkan agama dan akidah, mencari jalan bagi melicinkan usaha memantapkan penghayatan agama dan merupakan usaha mengembangkan risalah Islam kepada seluruh manusia sekalipun mereka terpaksa menanggung kerugian duniawi. Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf r.a telah meninggalkan semua harta mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah setelah kaum muysrikin Mekah menghalang mereka membawa bersama-sama harta mereka. Manakala hijrah atau perpindahan manusia zaman kini dari kampung ke bandar adalah bertujuan mencari rezeki dan keselesaan hidup. Namun, kedua-dua bentuk hijrah dan perpindahan tersebut tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t selagimana ia dilakukan kerana-Nya.
Intipati peristiwa hijrah baginda Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah bukan sahaja tertumpu kepada perpindahan jasadiah yang dapat disaksikan oleh mata, akan tetapi tujuannya yang lebih penting ialah untuk membimbing dan mendidik para sahabat r.a yang baru sahaja memeluk agama Islam ke arah kesempurnaan penghayatan Islam sedikit demi sedikit. Pendek kata, falsafah penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah adalah untuk memastikan perpindahan keyakinan, tasawur, akhlak dan sikap para sahabat r.a dari pengaruh jahiliyah kepada pengaruh wahyu dan fitrah, dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Falsafah hijrah ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda menegur kata-kata Saidina Umar kepada Bilal 'Wahai anak hitam'. Baginda berkata kepada Umar'Sesungguhnya pada diri engkau ada ciri jahiliyah'.
Falsafah hijrah yang telah disemai dan dididik oleh Rasulullah s.a.w ke dalam diri para sahabat r.a ini perlu dihayati oleh generasi Islam masa kini. Sekiranya dengan berbekalkan falsafah hijrah, Rasulullah s.a.w berjaya membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul dan menjadi tuan kepada masyarakat-masyarakat yang bukan Islam di sekeliling Madinah, maka mengapa tidak generasi Islam masa kini menjadikannya sebagai neraca untuk membentuk masyarakat yang unggul dan disegani dalam segenap lapangan.
Sekiranya masyarakat Islam yang awal amat disegani dan dihormati oleh masyarakat yang bukan Islam, mengapa pula umat Islam hari ini dengan bilangannya yang ramai, muka buminya yang luas, kekayaan bahan mentahnya yang melimpah ruah dan cerdik pandainya yang tidak kurang hebatnya, masih menjadi masyarakat yang dipandang rendah dan diperlekehkan oleh masyarakat bukan Islam. Masyarakat Islam masa kini juga telah dijadikan oleh masyarakat bukan Islam terutama masyarakat Barat sebagai tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Al Syahid Sayid Qutub ada menyatakan, 'Sehinggakan untuk mendapatkan sebatang jarum pun orang Islam terpaksa mengimportnya dari Barat'.
Di samping membawa para sahabat r.a berhijrah ke Madinah, Rasulullah s.a.w telah turut membawa bersama-sama minda mereka untuk berhijrah dari kepercayaan, tasawur, sikap dan akhlak jahiliyah kepada kepercayaan, tasawur, akhlak dan sikap yang bertepatan dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Sebagai contoh, peristiwa ketika berada di dalam gua Tsur, baginda telah membetulkan kepercayaan dan tasawur yang ada di dalam minda Saidina Abu Bakar r.a. Tatkala melihat Saidina Abu Bakar r.a berada di dalam keadaan ketakutan dan kerisauan iaitu bimbangkan baginda berjaya dikesan atau diapa-apakan oleh kaum musyrikin Mekah, baginda pun berkata 'Janganlah engkau berasa risau dan sedih, sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita'.
Dalam merobohkan tasawur jahiliyah daripada masyarakat Islam yang baru mengenal agama Islam tentang konsep persaudaraan sesama manusia tanpa mengenal batas sempadan negeri, warna kulit dan keturunan, baginda telah mempersaudarakan antara dua golongan yang mempunyai perbezaan yang jauh dari segi status. Baginda telah mempersaudarakan antara golongan yang mempunyai rumah dan tanah (Ansar) dengan golongan pendatang (Muhajirin) yang tidak mempunyai apa-apa selain dari diri dan agama yang mereka yakini.
Dalam menghijrahkan tasawur mereka tentang kedudukan seorang nabi atau rasul, baginda telah menunjukkan betapa diri baginda adalah manusia biasa yang tidak ada bezanya dengan manusia lain. Cuma bezanya Allah telah menurunkan wahyu kepadanya dan menyuruhnya supaya menyampaikannya pula kepada seluruh manusia. Di dalam peperangan Badar, baginda telah menunjukkan betapa orang lain juga berhak memberikan pendapat sekalipun dalam saat-saat genting. Apabila salah seorang dari sahabat baginda mencadangkan supaya tentera Islam berkubu di bawah lembah berhampiran dengan kawasan air, baginda telah menerima cadangan tersebut sekalipun pada asalnya baginda mempunyai perancangan dan cadangan yang tersendiri. Di dalam peperangan Uhud pula, baginda telah bersama-sama berjuang sehingga ditimpa kecederaan yang biasa dialami oleh pejuang-pejuang lain. Di dalam peperangan Ahzab, baginda turut bersama-sama mengerah tenaga untuk menggali parit yang telah dicadangkan oleh Salman al Farisi. Malah diriwayatkan bahawa baginda telah mengangkat batu yang besar yang tidak upaya diangkat oleh para sahabat r.a yang lain dan baginda telah mengalas batu di perut untuk menahan lapar akibat kekurangan makanan.
Di dalam peperangan Hunain, tatkala tentera Islam melihat bilangan mereka lebih ramai daripada bilangan tentera musuh lalu mereka merasakan bahawa mereka pasti mengalahkan tentera musuh. Namun Allah telah mengajar dan membawa minda mereka berhijrah. Allah s.w.t telah mengajar orang-orang Islam bahawa yang menentukan kemenangan dan kekalahan dalam peperangan itu adalah Allah s.w.t, bukannya bilangan dan kelengkapan yang hebat. Allah s.w.t telah menimpakan kekalahan di pihak tentera Islam sehingga Rasulullah s.a.w pula terdedah kepada serangan dan ancaman pihak musuh sehingga peristiwa ini telah diabadikan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran.
Dalam membetulkan tasawur para sahabat r.a tentang kehidupan di dunia, Rasulullah s.a.w telah menghijrahkan minda mereka ketikamana baginda bersama-sama beberapa orang sahabat sedang berehat di bawah sebatang pokok dalam satu perjalanan. Baginda telah berkata kepada para sahabat: 'Sesungguhnya perumpamaan kehidupan dunia adalah seperti kita singgah di bawah pohon ini. Kita hanya singgah buat sementara waktu dan akan meneruskan perjalanan selepas beberapa ketika'.Dalam sabdanya yang lain, baginda telah menjelaskan kepada para sahabat bahawa 'Dunia adalah ladang tempat bercucuk tanam untuk alam akhirat'.
Dalam membetulkan tasawur para sahabat r.a terhadap konsep usaha dalam kehidupan dunia, Rasulullah s.a.w telah menghijrahkan minda para sahabat r.a bahawa sekalipun Islam menekankan bahawa kehidupan akhirat itu merupakan kehidupan yang lebih baik dan kekal tetapi ia bukan bermakna boleh membantutkan usaha manusia ketika hidup di dunia ini. Baginda telah membayangkan, sekalipun seseorang itu tahu bahawa hari kiamat akan berlaku pada keesokan hari namun dia tetap perlu melakukan kerja atau usaha yang sepatutnya dilakukan. Dalam perkara ini, baginda telah bersabda yang bermaksud, 'Sekiranya ditangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut'.Jika difikirkan, apalah faedahnya menanam benih kurma yang sudah pasti tidak akan mengeluarkan hasilnya dalam tempoh beberapa jam sedangkan keesokan harinya akan berlaku hari kiamat. Si penanam sudah pasti tidak akan sempat memakan hasil benih yang ditanamnya itu.
Namun baginda telah melafazkan hadith ini untuk membawa minda para sahabat r.a dan umat Islam bahawa tugas manusia di dunia ini ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sesempurna yang mungkin tanpa bersikap sambil lewa atau cuai. Ini kerana setiap tugas dan tanggungjawab yang ditunaikan akan dikira oleh Allah sebagai kebajikan sekalipun hasilnya tidak sempat dirasai oleh pelaku ataupun orang lain.
Baginda juga telah menanamkan ke dalam kefahaman masyarakat Islam bahawa alat atau jambatan untuk sampai ke akhirat adalah kehidupan dunia. Mereka yang meninggalkan kehidupan di dunia dengan alasan untuk menumpukan perhatiannya kepada kehidupan akhirat merupakan orang yang tersalah anggap terhadap konsep di dalam kehidupan Islam. Ini kerana kebahagiaan atau penderitaan di akhirat adalah bergantung kepada amalan dan usaha manusia ketika hidup di dunia. Di dunia manusia dipikulkan dengan tanggungjawab dan kewajipan yang mesti ditunaikan dengan sempurna, iaitu apabila sahaja dia bertaraf mukallaf dan berakal. Bagaimana mungkin manusia itu hendak mendakwa kebahagiaan menantinya di akhirat sedangkan dia tidak mengenali kewajipan dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan ketika dia hidup di dunia?.
Antara para sahabat r.a yang telah menerima penghijrahan minda yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah Saidina Umar al Khattab r.a. Beliau telah memahami bahawa dalam mencari kemudahan dan bekalan kehidupan dunia, manusia tidak boleh berserah kepada Allah tanpa berusaha. Dengan kefahaman ini, Umar telah memarahi orang Islam yang hanya duduk beribadah di dalam masjid tanpa keluar berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarganya. Beliau telah mengungkap kata-kata yang kekal dalam catatan sejarah Islam yang unggul 'Bagaimana kamu boleh hanya berserah diri kepada Allah sedangkan kamu tahu bahawa langit tidak akan menurunkan hujan emas atau perak'. Saidina Umar r.a juga telah mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan penghijrahan minda dan keyakinannya berhadapan sesama makhluk ketika beliau sedang mengucup Hajar al Aswad, 'Wahai batu, sekiranya aku tidak melihat Rasulullah mengucup engkau nescaya aku tidak akan mengucup engkau sepertimana yang aku lakukan sekarang ini'. Begitulah jelasnya tasawur Saidina Umar r.a terhadap Hajar al Aswad yang tidak boleh mendatangkan manfaat atau mudarat kepadanya. Tasawur ini terhasil setelah Umar r.a menerima sinar hidayah dan penjelasan daripada ajaran Muhammad s.a.w yang menanamkan keyakinan bahawa kuasa yang boleh mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia hanyalah kuasa yang datang dari Allah Tuhan Penguasa alam.
Demikianlah penghijrahan minda yang telah dibawa oleh Islam yang telah disampaikan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Usaha memahamkan manusia dengan konsep dan tasawur yang telah dibawa oleh baginda itu telah diteruskan oleh para sahabat, para tabi’in, para salafus soleh serta para ulama dan pendakwah di masa dulu dan sekarang. Mereka sentiasa ingin melihat manusia hidup sebagai hamba kepada Allah dan bukannya hamba kepada nafsu atau makhluk lain dan juga jauh dari tasawur atau keyakinan yang tidak menepati ajaran Islam yang sebenar. Ini kerana Islam datang dengan tujuan membebaskan manusia daripada penjajahan minda dan tasawur. Perkara ini telah dijelaskan oleh Ruba’ei bin Umair ketika beliau berhadapan dengan Rustam, panglima perang Rum yang digeruni oleh pihak lawan dan rakan. Rustam telah bertanya kepada Ruba’ei 'Mengapa engkau datang kepada kami ?'. Ruba’ei menjawab 'Kami datang untuk mengeluarkan manusia daripada menjadi hamba sesama manusia kepada menjadi hamba kepada Allah, dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat'.
Usaha-usaha menghijrahkan minda dan tasawur manusia zaman kini amat perlu dan mesti dilakukan untuk memastikan semua manusia akan terus menjalani kehidupan dengan berlandaskan pemikiran bahawa dirinya adalah bebas dari sebarang perhambaan dan ketundukkan sama ada sesama manusia atau makhluk lain. Dalam erti kata lain, usaha-usaha membawa minda dan tasawur masyarakat Islam masa kini untuk berhijrah ke alam suluhan cahaya hidayah Ilahi amat perlu bagi memastikan setiap individu muslim menikmati kemerdekaan yang penuh dari sebarang unsur penjajahan sama ada penjajahan lahiriah ataupun batiniah. Dengan membebaskan diri dan jiwa manusia dari perhambaan atau penjajahan serta menjadikannya bebas merdeka, kita akan dapat melihat manusia berupaya mengketengahkan sifat-sifat positif yang wujud di dalam diri mereka dan mengusir jauh sifat-sifat negatif yang sentiasa menghalang perkembangan dan pembangunan manusia.
Kemerdekaan dan kebebasan manusia dari segi lahiriah dan batiniah ini amat perlu untuk menuju ke sebuah masyarakat yang matang dan bertamadun. Segenap lapisan masyarakat sama ada di kampung, di kota, pelajar, pendidik, ahli perniagaan, ahli politik, ahli agama, pemimpin, pentadbir dan sebagainya perlu menghayati penghijrahan minda dan tasawur sepertimana yang telah dihayati oleh para sahabat Rasulullah s.a.w di suatu ketika dahulu. Sungguhpun negara kita telah memperolehi kemerdekaan semenjak berdekad dahulu, namun penjajahan minda masih lagi wujud dan bertapak kuat sehingga sekarang. Masih ada di kalangan masyarakat negara Malaysia yang berkeyakinan bahawa barangan buatan tempatan mempunyai mutu yang lebih rendah berbanding barangan buatan luar negeri terutama yang datang dari Barat. Masih juga ramai yang mempunyai tasawur bahawa negara ini hanya layak ditadbir dan diperintah mengikut telunjuk Barat atau kuasa asing kerana masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang kurang pengalaman dan dangkal dalam segi pemerintahan. Sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan umat ini pasti terserlah apabila mereka telah benar-benar melakukan penghijrahan minda dan tasawur sebagaimana yang dilakukan oleh generasi hijrah para sahabat Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun dahulu.
Tarikh :   23 Disember 2001
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
Hits :  6874  

Wednesday, December 2, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


Islamic Greeting Card by Alhabib

Alhabib Greeting Card


Semoga kehadiran bulan Muharram menambahkan lagi amalan dan pengabdian diri kita kepada Allah 

ERTI KORBAN



MASIH ingatkah kisah Wan Hafizam Wan Jusoh yang sanggup berkorban menderma sebahagian hatinya kepada seorang bayi yang tidak ada pertalian darah dengannya?

Kecekalan serta nilai kemanusiaan yang tinggi di jiwa pemuda terbabit membolehkan bayi kecil berkenaan kini dapat terus menikmati kehidupan selepas mendapat 'nyawa' hasil pendermaan itu.

 Peristiwa berkenaan sudah lebih 10 tahun berlalu dan dikhabarkan Wan Hafizam kini sudah mempunyai keluarga serta hidup bahagia bersama keluarganya.

Itu antara keperibadian mulia yang perlu dicontohi apatah lagi pengorbanan berkenaan hanya bersandarkan kasih sayang sesama insan walaupun nyawa sendiri menjadi taruhan.

Begitu juga ertinya pengorbanan dilakukan individu yang rapat dengan kita seperti ibu bapa, guru serta sahabat.

Pengorbanan ibu bapa sememangnya tiada taranya. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang mampu membalas semula segala jasa dan pengorbanan orang tua mereka.

Pejuang kemerdekaan terdahulu juga melakukan pengorbanan besar terhadap kita dan tanpa pengorbanan mereka, mana mungkin kita dapat menikmati keadaan negara seperti sekarang yang semuanya hidup dalam kerukunan.

Hari ini umat Islam di seluruh dunia merayakan Aidiladha dengan melakukan ibadat korban menerusi penyembelihan binatang ternakan bersama-sama untuk disedekahkan kepada umat Islam yang serba kekurangan.

Malah, ibadat korban ini juga bukan satu ibadat bersifat 'biasa' kerana pemilihan binatang untuk dijadikan korban amat dititikberatkan. Ini termasuk memilih binatang yang benar-benar sihat, cukup umur dan tiada kecacatan.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai tanda syukur)." (Al Kautsar ayat 1-2)

Ibadat korban dilakukan sebagai mengingati peristiwa pengorbanan agung pernah dilakukan seorang bapa, Nabi Ibrahim a.s serta anaknya Nabi Ismail a.s selepas mendapat perintah Allah s.w.t untuk melakukan perkara yang amat mustahil dilakukan manusia biasa.

Bagi umat Islam, ibadat haji adalah lambang pengorbanan agung pernah dianugerahkan kepada manusia. Ia merujuk kepada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam mendirikan rumah ibadah yang tertua sekali dalam sejarah manusia.

Walaupun pengorbanan jemaah haji dalam ibadat ini tidaklah menyamai tahap rasul dan nabi terdahulu namun mereka ditawarkan Allah s.w.t. keampunan seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Barang siapa mengerjakan haji dan dia tidak mencampurkannya dengan perkara lain (pada waktu terlarang) serta tidak berbuat maksiat, maka dia akan kembali seperti pada saat dilahirkan oleh ibunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabi Ibrahim diperintahkan supaya membina Kaabah di tengah gurun pasir yang tidak pernah didiami manusia sebelum ini.

Peristiwa terbesar pengorbanan itu dinyatakan Allah s.w.t di dalam surah as-Saafaat ayat 102-109 yang maksudnya: "Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: 'Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab: 'Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.'"

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), Nabi Ibrahim a.s merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tanah.

Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim."

Nabi Ibrahim dan anaknya tenang menerima ketentuan dan amanah Allah s.w.t itu daripada terpengaruh dengan dalil akal yang tidak bebas daripada cengkaman hawa nafsu itu. Dengan penuh tawaduk baginda membenamkan mata pisau ke leher anaknya, Ismail.

Semua kerja yang tidak masuk akal ini dilaksanakan demi membuktikan kecintaan serta pengorbanan mereka kepada Allah s.w.t. Hasilnya, Kaabah tegak sebagai rumah ibadat yang agung sehingga menimbulkan perasaan dengki Abrahah yang kemudiannya menghantarkan tentera bergajah bagi memusnahkannya.

Alangkah terkejut dan bersyukurnya Nabi Ibrahim apabila mendapati seekor kibas terbaring menggantikan jasad anaknya, Nabi Ismail.

Demikianlah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan syariat Allah s.w.t. Perjuangan baginda kemudian diteruskan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda terpaksa lari meninggalkan Makkah dan bagi membersihkan tempat suci itu daripada syirik. Pelbagai penderitaan dan halangan dihadapi oleh junjungan nabi sebelum dikurniakan semula rumah ibadat teragung itu kepada Islam.

Peristiwa berkenaan membuktikan mereka yang berjaya sebenarnya ialah orang yang sanggup melakukan pengorbanan terhadap apa saja yang dimiliki semata-mata kerana Allah s.w.t termasuk berkorban masa, wang ringgit, kepentingan diri, tenaga serta fikiran.

Pengorbanan hakiki boleh diistilahkan sebagai bentuk pengorbanan yang dilakukan bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk membahagiakan orang lain meskipun apa jua yang mereka miliki itu lebih bererti untuk dirinya.

Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata roh korban yang diambil daripada peristiwa Nabi Ibrahim a.s itu adalah pengorbanan yang paling tinggi sehingga mengorbankan anak sendiri.

"Manusia diuji dengan perkara yang mereka paling sayang iaitu keluarga. Sudah pasti tiada siapa yang sanggup mengorbankan anak mereka sendiri.

"Ibadah korban yang kita lakukan pada setiap tahun ini bertujuan mahu menzahirkan sunnah (korban) dengan menyembelih binatang empat kaki ini sebagai simbolik kepada peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s," katanya.

Mohd Farid berkata, pengorbanan yang dilalui keluarga mithali itu patut dicontohi kerana di dalamnya terdapat hikmah mendalam yang mahu membuktikan ketakwaan serta kecintaan hanya untuk Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (Surah al-Hajj ayat 37)

"Islam mengajar umatnya supaya sentiasa ikhlas dalam beribadat dan terus melakukan ibadat yang dituntut secara tetap dan bukannya dilakukan secara berkala atau bermusim. "Malah yang penting dalam ibadah korban itu dikira berdasarkan nilai ketakwaan, kesucian hati serta kesedaran bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik," kata Mohd Farid.

Beliau berkata, umat Islam dituntut untuk terus melakukan kebaikan seperti membaca al-Quran, amal makruf, memperuntukkan harta bagi tujuan kebaikan dan bagi yang tidak mampu berkorban harta, maka mereka boleh berkorban tenaga.

"Kita mempunyai tuntutan untuk dilaksanakan dan hendaklah kembali semula kepada fitrah manusia.

"Manusia pula sememangnya perlu sentiasa diberikan peringatan serta motivasi kerana jika tidak mereka pasti akan lupa dan alpa," katanya.



(petikan : Harian Metro 2 Disember 2009)

Wednesday, November 11, 2009

TAKUT KEPADA ALLAH....BAGAIMANA???

Allah berfirman :Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”. (Al-Hasyr :18)

Sesungguhnya malaikat, langit, bumi, siang dan malam, pada hari kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk, taat atau maksiat. Bahkan, seluruh anggota badan akan mempersaksikannya. Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid seraya berkata :” Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji dan berjihad di atasku”. Maka legalah orang mukmin dan zahid itu. Ia juga memberi kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata :” di atasku dia telah musyrik, berzina, minum arak dan makan haram!”.Bumi itu akan membantah ketika dihisab.

Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya sebagaimana Abul laits berkata : ” tanda-tanda takut kepada Allah ada 7 perkara iaitu :

Pertama pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah, menyibukkan diri dengan zikir, membaca al-Quran dan muzkarah ilmu.

Kedua pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana sabda Rasulullah :” Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu”.

Ketiga pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah bersabda :” Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat”.

Keempat pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram sebagaimana sabda Rasulullah :” Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perit seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuap atau seteguk barang itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka”.

Kelima pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.

Keenam pada langkah(kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan ulamak dan orang-orang soleh.

Ketujuh terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik. Barang siapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah :
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)”.

Seharusnya orang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah, tidak putus asa mengharapkannya. Itulah hakikatnya takut kepada Allah.

Petikan daripada kitab Mukasyafah al-Qulub

KENALI RASULULLAH S.A.W

Pepatah ada mengatakan "tak Kenal Maka tak Cinta!" . Rabiatul Adawiyah dalam syairnya mengatakan :
" Engkau derhaka"
" Tapi mengaku cinta pada-Nya"
"Inilah keanehan zamanku"
"Jika benar engkau cinta,
Tentulah mentaati-Nya selalu".
Pencinta akan taat pada kekasihnya"


1430H begitu jauhnya kita dengan Rasulullah. Kekadang kita rindu bayangan dan membayangkan bagaimanakah rupa kekasih Allah ini. Justeru, saya memetik apa yang diceritakan dan digambarkan rupa dan sifat rasulullah dalam Kitab Riwayat rasulullah yang diterbitkan oleh Warisan Ilmu Publications mengatakan bahawa nabi Muhammad adalah termasuk dalam golongan manusia yang paling hebat wajahnya. Kehebatan wajahnya sungguh menggetarkan sesiapa yang memandangnya. Diriwayatkan ada seorang lelaki badwi menjadi gementar badannya apabila dia terpandang wajah baginda kerana tersangat hebatnya.


Saidina Ali berkata, sesiapa yang baru melihatnya nescaya dia akan merasa takut kerana kehebatannya. Tetapi apabila sudah lama bergaul dengan baginda, dia akan merasa sangat sayang kepadanya.


Selain wajahnya yang sangat hebat, Rasulullah juga adalah seorang insan yang indah wajahnya. Keindahan rupanya mendekati rupa datuknya Nabi Adam dan rupa Nabi Ibrahim sebagaimana dalam hadis yang bermaksud :" Aku sangat serupa dengan Nabi Adam dan Nabi Ibrahim. Tetapi antara kedua-duanya agak jauh sedikit perbezaannya". Maksud kata-kata rasulullah ialah bentuk tubuh badan sahaja serupa tetapi wajah jauh sedikit miripnya.


Bentuk muka Rasulullah bujur sireh. Wajahnya putih bersih bercahaya berseri-seri bak bulan purnama 14 hari. tidak puas mata memandang. Bentuk Kepala cukup menarik yang seimbang dengan bentuk wajahnya. Rambutnya ikal berombak indah dengan warna yang sangat hitam, berkilat dan sangat lebat. Panjangnya sampai mencecah kedua-dua belah bahu tetapi di bahagian sisi hanya mencapai cuping telinganya sahaja. Nabi tidak memotong rambut kecuali setelah diizinkan Allah. Nabi sering meminyakkan rambutnya tetapi dalam hal menyisir rambut baginda lakukan hanya sekali sekala sahaja. nabi menyisir rambut dari depan ke belakang tetapi kemudiannya baginda mengubah stail dengan membelah ditengah-tengahnya. nabi tidak mempunyai jambang. Dahi baginda luas. Kening melengkung seperti bulan sabit 3 hari. Amat cantik dan hampir bersambung ditengah-tengahnya.. Kelihatan cahaya seperti memancar dicelah-celah bulu matanya yang lebat dan lentik. Bentuk matanya adalah besar dan agak panjang. mata hitamnya besar dan sangat hitam manakala mata putih sangat putih dan berurat merah. Hidung mancung indah dengan lubang hidung yang kecil. Mulut baginda lebar dan luas sepadan dengan bentuk wajah baginda.Bibir mulut nipis dan cantik menarik. Pipi lurus tidak membonjol dan cengkung.Gigi baginda putih dan tersusun rapi tetapi tidak terlalu rapat. Baginda selalu membawa kayu sugi untuk menjaga keputihan dan kebersihan giginya. Nabi mempunyai misai yang selalu diandam. Janggut nipis zaman mudanya dan tebal usia tua juga dijaga rapi. leher baginda jinjang seperti perak kerana putih bercahaya. dada baginda bidang, bahunya lebar dan berotot gagah. Pinggang baginda ramping dan punggung berisi lebar. Tumit kecil halus menandakan orang yang cepat berjalan dan kuat. Perut baginda rata tidak buncit. Jari tangan dan kakinya panjang panjang. Kulit baginda putih kemerah-merahan. Tingginya sederhana dan nampak perkasa dan segak.


Keelokan dan ketampanan rasulullah tiada tandingnya dengan dikurniakan sifat-sifat peribadinya yang tiada tolak bandingnya. Itulah kekasih Allah dan Rasul pemimpin umat. Mudah-mudahan suatu saat kita akan bersua dengan baginda dan mendapat syafaat darinya. Amin



Sunday, November 1, 2009

KENALI IBLIS LAKNATULLAH

Petikan daripada kitab Mukasyafah al-Qulub karangan Imam Ghazali  mengatakan bahawa Iblis tidak mengakui dosanya, tidak menyesalinya, tidak mencela dirinya dan tidak segera bertaubat malah putus asa dari rahmat Allah dan sombong. Barangsiapa seperti iblis, Allah tidak akan menerima taubatnya. Dosa dari syahwat masih boleh diampunkan tetapi dosa dari kesombongan tidak akan diampunkan.

Diceritakan bahawa Iblis datang kepada nabi Musa AS. Dia berkata :” Allah telah memeliharamu dengan risalahNya dan berbicara padaMu”. Musa menjawab :” Ya, lalu apa yang kamu inginkan wahai Iblis?”. Iblis berkata :” Ya Musa, katakanlah kepada tuhanmu bahawa aku hendak bertaubat”. Lalu Musa mendapat wahyu, :”hai musa, kuterima taubatnya jika dia sujud pada Adam di kuburnya”. Musa menceritakan hal itu kepada Iblis dan dia marah dan dengan sombong iblis berkata :” Sedangkan di syurga aku tidak sujud padanya, inikan pula dia telah mati?”.

Iblis mendapat seksa yang amat pedih di neraka. Maka ditanya :” Bagaimana seksa Allah padamu?”. Iblis menjawab :” Amat pedih!”. Lalu dikatakan : ” Adam berada di syurga, sujudlah padanya dan minta ampun supaya Allah mengampunkanmu!”. Iblis tetap menolak. Maka diberatkan lagi seksaannya sebanyak 70 kali ganda.

Dijelaskan dalam hadis : Sesungguhnya Allah mnegeluarkan Iblis dari neraka setiap seratus ribu tahun sekali. Demikian pula Adam dikeluarkan. Lalu Allah memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Namun Iblis menolak. Maka dikembalikan lagi ke neraka.

Ketika datang hari kiamat, maka diletakkan kerusi dari neraka. Iblis duduk di atasnya. Lalu syaitan dan orang-orang kafir mengelilinginya. Suaranya bagaikan suara himar. Dia berkata :” Wahai ahli neraka, sudahkah engkau terima janji Allah ini?”. Mereka berkata :” Sesungguhnya Allah telah menunaikan janjiNya. Allah berkata :” Ini adalah hari putus asa dari rahmat!”.Allah memerintahkan Malaikat memukul mereka dengan pengikutnya hingga mereka hiruk pikuk di dalamnya sampai 40 tahun dan tidak dikeluarkan untuk selam-lamanya.. Iblis diperintahkan duduk di atas kerusi dari api, dilehernya berkalung laknat dan Allah memerintahkan Zabaniah untuk menyeretnya dari kerusi dan dibuang ke neraka. Namun mereka tidak mampu.Lalu Allah perintahkan Jibril dan lapan puluh malaikat  untuk itu juga tidak boleh. Kemudian diperintahkan pula Israfil dan Izrail dengan membawa lapan puluh malaikat namun mereka juga tidak mampu.. Kamudian Allah berkata kepada mereka:” kalaupun berkumpul malaikat yang telah aku jadikan berlipat ganda, mereka tidak akan mampu memindahkan dan kalung laknat pada lehernya ke dalam nereka.

Dirawikan bahawa nama Iblis dilangit dunia ilah Abid. Di langit kedua Zahid. Di langit ketiga Arif. Dilangit keempat Wali. Di langit kelima At-Taqi. Di langit keenam al-Khozin dan di langit ke tujuh Azazil dan di lauhul Mahfuz Iblis. Disebabkan keangkuhannya, lalu Allah menjadikan rupanya seperti babi kepalanya seperti unta, dadanya seperti punggung unta besar, mukanya bagaikan kera, kedua matanya sobek sepanjang mukanya, hidungnya agak berlubang lebar, bibirnya bagaikan bibir tsur, taringnya keluar bagai babi, janggutnya berbulu 7 panjang sekali. Allah melaknatnya sampai kiamat kerana dia kafir. Dari malaikat yang paling agung menjadi sedemikian rupa. Sesungguhnya ini merupakan peringatan Allah.

Diriwayatkan lagi, Ketika Allah menjadikan iblis sedemikian rupa Jibril dan Mikail menangis. Allah berkata kepadanya :” Mengapa kamu menangis?”. Keduanya berkata :” Ya Tuhan kami, kami tidak berkuasa di atas kekuasaanMu!”. Allah berkata :” Ya demikian pula kalian tidak berkuasa atas kekuasaanKu.

Iblis berkata :” Ya tuhanku keluarkan aku kerana Adam. Aku tidak berkuasa ke atasnya kecuali dengan  penguasaanMu”. Allah berkata :” Engkau Kukuasakan atasnya, yakni atas anak cucunya kerana para nabi selamat dari Iblis”. Iblis berkata :” Brilah aku kuasa lagi”. Allah berkata :” setiap ia beranak maka kaupun beranak”. Iblis memohon lagi :”Berilah aku lagi”. Allah berkata : jeratlah mereka dengan tipu daya. Temanilah mereka dengan harta dan anaksesatkan mereka dalam agama dan perbuatan batil. Perbuatlah sekehendakmu!”. Lalu Adam berkata :” Ya tuhanku engkau telah beri kuasa kepada Iblis maka aku tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolonganMu”. Allah berkata :” Setiap umatmu akan dijaga oleh Malaikat”. Adam memohon lagi: ”tambahilah aku”. Allah berkata:” Setiap kebaikan akan diganda 10 kali ganda. Adam berkata lagi : ” tambahilah aku”. Allah berkata:” Aku terima taubat mereka selama mereka masih hidup”. Adam berkata lagi :” Tambahilah aku”. Allah berkata :” Aku ampuni mereka dan aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan”. Adam berkata lagi :” Baiklah aku telah merasa senang sekarang”. Kemudian Iblis berkata :” Ya tuhanku, engkau jadikan utusan kepada manusia dan kau beri kitab. Maka siapakah utusanku dan apakah kitabku?”. Allah berkata :” utusanmu tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadismu bohong, quranmu syair, tukang azanmu adalah seruling, masjidmu pasar, rumahmu adalah tandas, makananmu sesuatu yang tidak disertakan dengan namaKu, minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan”.

Demikianlah kisah Iblis semoga apa yang diceritakan ini menjadi kita lebih berwaspada terhadap iblis laknatullah.........semoga kita berada dalam peliharaan Allah. Amin.

Sunday, October 25, 2009

KEUTAMAAN IBU BAPA



Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya diberi kesempatan masa untuk menghantar satu lagi artikel yang sepatutnya dibaca oleh setiap golongan masyarakat. Hari-hari sebelumnya saya sibuk dengan program di sekolah selama 3 hari berturut-turut dan alhamdulillah program tersebut berjalan dengan jayanya dan semoga pelajar tingkatan 3 mendapat manfaatnya. Cerita kali ini adalah berkaitan dengan ibu bapa bukannya cerita tentang program saya di sekolah. Keutamaan ibu bapa saya petik daripada kitab karangan Imam al-Ghazali RA iaitu Mukasyafah al-Qulub yang diterjemah oleh Muhammad Qadirun Nur mukasurat 102.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud ra dia berkata : Kutanya Rasulullah s.a.w : "Apakah amal yang disukai Allah?"Baginda menjawab : Solat tepat pada waktunya. Kutanya lagi, " Lalu apa?". Baginda menjawab " berbakti kepada kedua orang tua". Aku tanya lagi "Lalu apa?". Baginda menjawab " Jihad".

Selain itu, Imam Muslim meriwayatkan : seorang lelaki menghadap Rasulullah sambil berkata :" Aku berjanji pada engkau untuk berhijrah dan berjihad semata-mata mengharapkan pahala". Lalu rasulullah bertanya :" Apakah salah satu orang tuamu hidup?". Lelaki itu menjawab :" ya, malah keduanya masih hidup". Rasulullah bertanya :" Apakah engkau ingin mendapat pahala dari Allah?". Lelaki itu menjawab:" ya!". Lalu baginda bersabda :" Pulangkah kepada kedua orang tuamu dan berbuat baiklah kepada mereka".

Dalam hadis as-Shaihain yang masyhur dengan riwayat yang bermacam-macam, disebut bahawa dahulu ada 3 orang suka keluar menziarahi keluarganya. Pada suatu, di tengah perjalanan, mereka ditimpa hujan dan berteduh di dalam sebuah gua. Tiba-tiba ada sebuah batu besar menutupi pintu gua tersebut. Mereka berkata :"Batu itu tidak akan terbuka kecuali jika kalian berdoa dengan kesolehan amal kalian". Kemudian salah seorang berdoa " Ya Allah aku ada kedua orang tua yang telah tua. Tidak pernah aku minum sebelum mereka minum. Pada suatu hari aku pergi mencari kayu. sebelum mereka tidur, aku memerahkan susu untuk mereka. . Apabila sudah siap memerah susu kulihat mereka telah tidur. Namun aku tidak suka minum sebelum mereka.. Maka aku berdiri sambil memegang gelas ditanganku menanti mereka hingga bangun sampai pagi. Kemudian mereka bangun dan meminum susunya. Ya Allah sekiranya aku berbuat demikian hanya mengharap redhaMu, maka bukakanlah batu yang menghalagi kami ini!". Lalu batu itu bergerak sedikit demi sedikit di mana mereka belum boleh keluar. Dalam riwayat lain pula berkata :" Aku ada anak kecil dan pekerjaanku adalah mengembala. apabila aku memerah susu, aku dahulukan kedua orang tuaku sebelum anakku dan pada suatu hari aku pergi mencari kayu hingga petang. kulihat kedua orang tuaku telah tidur, Lalu aku memerah susu sebagaimana biasa, ku bawa dekat dengan mereka. Namun aku tidak membagunkan mereka serta aku tidak suka mendahulukan anakku daripada mereka padahal anak-anakku merengek-rengek. Demikianlah keadaanku dan keadaan mereka hingga ke pagi. Jika engkau tahu aku berbuat demikian mengharapkan redhaMU, aka bukakanlah batu ini hingga mereka dapat melihat langit. Kemudian yang lain menyebut: dia telah menjaga diri dari perbuatan zina dengan anak perempuan bapa saudaranya. Serta yang lain pula mneyebut dia telah memlihara harta pekerjaannya. Maka terbukalah batu itu hingga mereka dapat keluar dan meneruskan perjalanannya.


Dalam siri kisah teladan ada menyatakan bahawa Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalamnya. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

SEMOGA KITA MENJADI ANAK YANG SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN IBU DAN AYAH!!!!




Saturday, August 22, 2009

MOTIVASI MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Sebagai seorang pelajar, kadang-kadang banyak kekangan dan seribu satu masalah dalam kehidupan. Ada yang dilahirkan dalam keluarga berada tetapi hidup tidak tenteram dan ada juga yang kurang bernasib baik pula, hidup dalam keadaan miskin tetapi aman. Dalam rencah kehidupan sebegini, mungkin pelajar merasakan bahawa motivasinya kurang disebabkan situasi sedemikian dan menyalahkan takdir untuk berjaya. Namun itu bukanlah menyebab kita GAGAL.

Sebenarnya kita berasal daripada JUARA. Buktinya ialah sebelum kita dilahirkan ke dunia, kita berada di alam rahim ibu dimana sebelum terhasilnya kita, berjuta-juta sperma berlumba-lumba untuk menuju ke destinasinya yang satu iaitu ovum....Namun hakikatnya kekuasaan Allah, hanya diberikan kepada 1 sperma sahaja yang boleh menembusi ovum....justeru itu kita adalah JUARA.

Walau bagaimanapun untuk mencapai kejayaan itu, ia bukannya datang bergolek atau begitu sahaja tetapi memerlukan usaha dan pengorbanan. Pengorbanan yang bagaimana?

Cuba fikir-fikirkan....saya akan menyusul lagi untuk perincian topik ini di lain masa.

Sekian dulu.




KENALI RAMADHAN....TAK KENAL MAKA TAK CINTA!


1.0 PENGENALAN

Ramadhan dari segi bahasanya ialah panas terik. Manakala dari segi istilahnya ialah bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya.

2.0 KEISTIMEWAAN

  • Terdapat malam lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
  • Allah menurunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.
  • Bulan khusus untuk berpuasa pada siangnya.
  • Disunatkan solat terawih pada sebelah malamnya.
3.0 KELEBIHAN ORANG YANG BERPUASA

  • Doa dimakbulkan.
  • Dosa diampunkan
  • Masuk syurga melalui pintu Ar-Rayyan
4.0 AMALAN UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN

  • Tilawah al-Quran
- Al-Quran memberi syafaat di akhirat.
- menenangkan jiwa.
- menyembuhkan penyakit.
- menjauhkan diri daripada gangguan iblis.

  • Solat Terawih
- Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
- mengukuhkan hubungan persaudaraan.
- melatih anggota badan untuk kuat beribadah.
- menyihatkan tubuh badan.
  • Sedekah
- menampung kejahatan puasa.
- diampunkan dosa.
- pahala berlipat ganda.
- mendapat rahmat Allah.
  • Qiamullail
- melakukan obadah sunat pada malam hari selepas waktu isyak.

  • Iktikaf
- Berada dalam masjid dengan niat ibadah dan dalam keadaan suci daripada hadas.


Salam ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa!!!
1 Ramadhan 1430H
22 Ogos 2009

Sunday, July 26, 2009

SAMBUNGAN KISAH IBLIS BERTEMU RASULULLAH SIRI 6 (EPISOD AKHIR)

raja iblis : "Ya Rasulullah! Bahawasanya hamba sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan hamba dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada hamba, tetapi mereka menurut hasutan hamba.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT:Hai mala un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagiaan : (1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu

Maka iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambanya dengan limpah rahmatNya.

Setelah selesai baginda Rasulullah S.A.W. berdialog dengan raja Iblis, maka baginda menghalau iblis dengan sabdanya : Wahai laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini maka iblis pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.

Maka hairanlah para sahabat yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya iblis yang menyelubungi seluruh umat manusia.

Sabda Nabi S.A.W.: Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa iblis telah membuat kesalahan atas beberapa sebab : (1) ia engkar dan membantah peri

ntah Tuhan, (2) ia takbur dan besar diri (3) ia berhasad dengki dengan Nabi Adam a.s. (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia) (dari) seorang kepada seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudayanya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam a.s.

Sabda Nabi S.A.W.: Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Nabi Musa bin Imran a.s. dan berkata : Yaa NabiyuLLaah! Apabila Tuan Hamba bermunajat kepada Allah S.W.T di Bukit Tursina, hamba hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) hamba diterimanya?

Maka sukacitalah Nabi Musa a.s. mendengarkan iblis yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan iblis. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur Nabi Adam Maka Nabi Musa a.s. pun menyampaikan firman Allah S.W.T. kepada iblis. iblis mengeluh dan berkata

Wahai Nabi Musa! Semasa Adam masih hidup pun hamba tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati Maka iblis pun beredar.

Sabda Nabi : Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara : (1) Dengan ilmu para ulama, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (2) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin.

Maka sekiranya tidak ada ulama, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.

WALLAHU A'LAM....SALAM CERIA

SAMBUNGAN KISAH SYAITAN BERTEMU RASULULLAH SIRI 5

RASULULLAH S.A.W: "Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai ?

raja iblis : "Adapun orang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali, (maka) mudahlah untuk hamba merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila hamba menggoda dan cuba merosakkan solatnya, hamba takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu.

(Sabda Rasulullah S.A.W. Na umul aliimi khairun min ibaadatil jahiil yang bermaksud Tidur orang yang alim lebih baik daripada ibadat orang yang jahil seperti 1000 orang beribadat dengan tidak berilmu agama, sangat senanglah syaitan mengganggunya, teapi seorang pelajar ilmu feqah itu, sangat susah bagi syaitan hendak menggodanya)

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?

raja iblis : "Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantu, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta berselawat di atas Nabi

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?

raja iblis : "Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba


RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?

raja iblis : "Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?

raja iblis : "Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dhaif, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama dengan hamba.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?

raja iblis : "Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika seorang ulama meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba.

(Sabda Rasullullah S.A.W. - yang bermaksud Barangsiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama , maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama dan seribu syuhada , Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama dan seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezki), (2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan (3) dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman Na uu dzubillaaHimin dzaalik kita berlindung dengan nama Allah SWT )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudaya hamba telah mereka leraikan

(Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah S.W.T., (3) Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqiim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat - serta solat berjemaah di rumahnya bersama anak (anak) dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berselawat ke atas ku, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Mereka telah membelah muka hamba disebabkan ingatan kuat terhadap Tuan Hamba

(Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Mailaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dia dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman - Hai sekelian Malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan wanita/perempuan, Maka apabila telah selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan!

raja iblis : "Ya Rasulullah! Apabila umat Tuan Hamba pergi (untuk) bersolat Hari Raya, maka hamba sangat berdukacita dan kesal. Maka hamba pun menjerit sehingga datang sekelian bala tentera hamba dan (mereka) bertanya Hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka hamba menjawab Hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihi dan mengasihani mereka dengan penuh rahmat serta diperkenankan segala doa mereka dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana dan kemari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka berangkatlah sekelian bala tentera iblis syaitan untuk mengganggu umat Muhammad


RASULULLAH S.A.W: "Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah hamba lalu hamba menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai, celaka betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling (dan) pergi

(Doa Hujung Tahun AllaaHomma maa amiltu min amalin fii HaaziHissanati mimmaa nahaitanii anHu, walam tar Dhahu walam tan sahu, wahamilta alaiyya ba da qud rotika alaa, uquubatii, wada autanii ilattaubati ba da jur aatii alaa ma Siatika, fainnii astaghfiruka faghfirlii waHablii min amalin tarDhahu, wa wa datanii alaihitsawwaab )


RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Ya NabiyUllah! Putuslah harapan hamba, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambanya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini .

(Doa Awal Tahun AllaaHomma antal abdiyyulQadiim,waHaaziHi sanatu jadiidatun, as aluka fiihal iSmata minassyaiTooni wa au liyaa ihi. Wal au na alaa Haa dzihiinnafsil ammaarati bissuu wal ish ti ghaala bisaa yuQorribunii ilaika yaa Kariim )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menyokong engkau?

raja iblis : "Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa berkenaan. Ya NabiyyUllaah! Telah hamba binasakan ramai manusia dengan (menggoda mereka) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis) maksiat, maka hamba gembria. Tiba-tiba, mereka mengucapkan kalimah-kalimah Laa ilaa Ha illAllaah dan istighfar, maka binasalah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia (dulu), hamba mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau iblis syaitan, kerana para Malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka .


RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada iman, daripada gelap gelita kepada terang benderang?!

Maka iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhirat Tuhan dan berkata Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, hamba jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya hamba dapat mencelah di dalamnya.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT :Hai mala un, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaKu

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?

TUNGGU EPISOD YANG AKAN DATANG.....

Sunday, May 10, 2009

KISAH IBLIS BERTEMU RASULULLAH 4

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?

raja iblis : "Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca : A uu dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma jannibnaa minassyaitaani wajannibissyaitaan maa razaqtanaa maka larilah hamba daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) hambalah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca BismillaahirRahmaaniRahiim maka, hambalah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang.

RASULULLAH S.A.W: "Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?

raja iblis : "Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta lil firdausi ahlan, walaa aq waa a laa naaril jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka ghaafirudzzanbil aziim

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?

raja iblis : "Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu di ari-arinya selama 40 hari, maka hamba akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga, (menjadi) tempat hamba bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabutnya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah saudaramu?

raja iblis : "Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, hamba (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat.

(Apabila hendak tidur, bacalah BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?

raja iblis : "Orang yang banyak menyebut nama Allah dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarrus Al-Qur an serta solat di waktu malam.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?

raja iblis : "Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah

(lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal masjidi sunnatan lilLaahiTa aala )


RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah lagi yang memecahkan penglihatan engkau?

raja iblis : "Orang yang taat kepada (kedua) ibubapanya serta membantu (menjaga) makan dan minum serta pakaian mereka kerana Tuan Hamba telah bersabda Bermula syurga itu adalah di bawah (tapak) kaki ibubapa

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apa pula yang merantai engkau?

raja iblis : "Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam (Assalaamu alaikum waroh matulLaaHiwabaa rakaatuh) dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada hamba, maka hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan- dia dan saudaranya - apabila berpisah keduanya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?

raja iblis : "Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian


RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?

raja iblis : "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan), hamba hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta hamba panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya.


RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Di manakah kediamanmu?

raja iblis : "(hamba tinggal) Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan) Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat Tuan Hamba telah hamba pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?

raja iblis : "Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)


RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai di dalam masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?

raja iblis : "Hamba hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ.

 

RASULULLAH S.A.W: "Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai?

 

(NANTIKAN EPISOD  SELANJUTNYA....)

Tuesday, April 28, 2009

...SAMBUNGAN KISAH IBLIS BERTEMU RASULULLAH 3

RASULULLAH S.A.W: "Jika umatku membaca Al-Qur an kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis : "Jika mereka membaca Al-Qur an kerana Allah, maka terbakarlah tubuh hamba serta putus-putus segala urat hamba, maka larilah hamba dari mereka.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis : "Telah binasalah diri hamba dan gugurlah tulang hamba kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis : "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umat Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya hamba sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat Tuan Hamba, baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh mengganggu mereka. Dan umat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?

raja iblis : "Ya Nabi Allah, Adalah sekelian para sahabat Tuan Hamba adalah sebesar-besar seteru kepada hamba, kerana tiada upaya hamba melawan mereka dan tidak ada satu pun tipudaya hamba dapat memasuki mereka, kerana Tuan Hamba pernah berkata Sekelian para Sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk Ya Nabi Allah, sekelian para sahabat Tuan Hamba sangat taat mengerjakan perintah Tuan Hamba lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariat Tuan Hamba kepada sekelian manusia menerusi Al-Qur an dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah R.A. itu semasa sebelum beliau bersama Tuan Hamba pun, hamba gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingi Tuan Hamba. Beliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran Tuan Hamba sehingga beliau telah menjadi wazirul a zam dan Tuan Hamba telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini, nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertua Tuan Hamba dengan mengahwinkan puterinya Sayyidatina Aishah R.A yang sangat hafiz Hadis-Hadis Tuan Hamba. Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Umar Al-Khattab R.A., hamba tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariat Tuan Hamba. Jika hamba terpandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi Tuan Hamba pernah bersabda, Jikalaulah ada lagi Nabi selepas aku, nescaya Umar boleh menggantikannya kerana harapan besar Tuan Hamba ke atasnya. Beliau juga mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al-Faruk . Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih lagi tidak dapat hamba hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Qur an, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada dan menjadi menantu Tuan Hamba sebanyak 2 kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para Malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Tuan Hamba telah berkata, Barangsiapa menulis BismillaahirRahmaanirRahiim pada kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A., hamba sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila iblis, syaitan dan jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta beliau adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali KarimahullahuWajhah dan Harimau Allah . Tuan Hamba pernah bersabda, Akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya . Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu tuan hamba, maka terlebihlah ngeri hamba kepadanya.

RASULULLAH S.A.W: "Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?

raja iblis : "Adalah umat Tuan Hamba ada tiga golongan (1) Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya dan kata (Malaikat) Jibril A.S., Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat (2) Umat Tuan Hamba itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan (3) Umat Tuan Hamba itu keadannya seperti Fir aun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitalah hamba kepada mereka (umat ke 3) lalu hamba masuk ke dalam tubuh mereka, hamba putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, hamba tarik ke mana (sahaja) sesuka hati hamba, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, hamba goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (hamba) lupakan mereka dari beramal, tidak mahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mreka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan perebutan dunia, bercakap besar kepada sesama Islam dan benci dan menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan (majlis) tarian.

RASULULLAH S.A.W: "Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?

raja iblis : "Orang-orang yang meringankan syari at Tuan Hamba dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam.

RASULULLAH S.A.W: "Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?

raja iblis : "Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji.

RASULULLAH S.A.W: "Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?

raja iblis : "Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya hamba lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari.

(Inilah doanya sebelum sampai ke tandas - Bismillahi AllaHomma Innii a uu dzubikaminal khubusi wal khobaa is jika masuk ke tandas, dahulukanlah kaki kiri dan jika keluar dari tandas dahulukan pula kaki kanan dan apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati GhufraanakalhamdulillaaHilladzii azHaba annil azaa wa aafinii dan apabila selesai bersuci dibacakan doa AllaaHumma ToHHir Qalbii minnifaaqi wahaSSin farjii minal fawaa hi shi )

Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah hamba daripadanya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?

UNTUK MENGETAHUI KISAH SELANJUTNYA.....BERSAMBUNG LAGI...TUNGGU!!!